Jaluran Lembah Kinta

Wednesday, April 04, 2007



PERTUBUHAN PENYIAR RADIO AMATOR PERAK
(Perak Amateur Radio Transmitters Society) - PARTS
, Satu Wadah Baru Dunia Amator Perak.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Maaf kiranya agak lama tidak mengemaskini blog kesayangan ini. Maklomlah kesulitan sana-sini dan baru hari ini sahaja dapat ruang untuk mengemaskini.

Pertubuhan Penyiar Radio Amator Perak atau singkatnya PARTS adalah satu wadah baru dalam dunia radio amator. Ia adalah sebuah pertubuhan yang dilahirkan oleh sekumpulan pemikir di Lembah Kinta bukan untuk bersaing dengan lain-lain persatuan radio amator sebelumnya, malah ia merupakan satu persatuan yang diujudkan bagi memenuhi keperluan setempat atau lebih jauh lagi menjangkau keseluruhan negeri Perak amnya. Ia merupakan satu alternatif para amator radio selain daripada persatuan yang ada. Kerjasama antara satu persatuan dengan yang lain amat digalakkan malah itulah kejayaan sebenar mempunyai persatuan dengan berjaya berkerjasama menjalankan apa-apa projek ham untuk keperluan bersama.


Keahlian persatuan ini terbuka kepada rakyat Malaysia. Ia mungkin ahli kepada lain-lain persatuan atau kelab radio amator. Namun demikian pihak AJK akan melaksanakan tugas sebaiknya bagi meluluskan keahlian.

Sebagai persatuan radio amator, PARTS juga mempunyai angan-angan untuk menggalakkan interaksi sesama ahli. Oleh itu selain dari repeater yang ada (9M4RIP), beroperasi di frequensi 146.925 dengan minus 600 serta tone 203.5 - yang masih beroperasi dibawah naungan persatuan lain sebelum di endoskan ke PARTS akhirnya nanti. PARTS juga mempunyai impian bagi memenuhi keperluan berinteraksi melalui radio diseluruh negeri Perak.


Diharapkan setiap peminat radio amator samada sudah mempunyai lesen atau belum dapat mengambil kesempatan ini untuk mendekatkan diri dengan persatuan yang ujud. Atau boleh menggunakan peralatan yang ada untuk saling berkomunikasi satu sama lain.

Sebagai manusia yang beriman kita jauhkan saja segala prasangka buruk dan sama-samalah kita membentuk persefahaman dan perpaduan masyarakat ham radio, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Laman web PARTS boleh di ekses di: http://www.parts.org.my/ dimana disertakan serba sedikit keperluan persatuan tersebut.

Secara peribadi daya ingin mengucapkan Syukur Ahamdulillah dan tahniah kepada persatuan ini yang kelahirannya bukan semudah memetik suis dijari malah mempunyai jalan-jalan yang berliku. Dimana dengan segala keinsafan dan kesungguhan maka impian untuk mempunyai sebuah persatuan peringkat Negeri Perak telah tercapai dan dimakbulkan Illahi.

Ipoh 5-04-07

0 Comments:

Post a Comment

<< Home