Peperiksaan Radio Amator 2/2008.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan iklan mengenai tarikh peperiksaan RAE yang baru bagi kali ke dua untuk tahun 2008 ini.
Borang-borang permohonan yang telah dipenuhkan serta fotostat kad pengenalan bersama Kiriman Wang bernilai RM50.00 hendaklah dihantar sebelum 24hb. Oktober 2008 ini kepada pihak SKMM. Sementara tarikh peperiksaan ialah pada 17hb. Disember 2008 nanti.
Sila lihat iklan dan muaturun borang di: http://www.skmm.gov.my/mcmc/ViewWhatIsNew.asp?cc=79466755&winrid=56653995
Bagi rakan-rakan paminat radio amator sekitar Bandaraya Ipoh, Pihak PARTS akan mengadakan kelas-kelas sebagai membantu peminat radio semua menghadapi peperiksaan tersebut. Untuk Tahun ini kelas akan dijalankan di Wakaf PARTS (bangunan persatuan).
Segala pemberitahuan mengenai kelas boleh di lihat di website PARTS : http://www.parts.org.my/
Selamat mencuba untuk perjalanan seorang penyiar amator yang jauh dihadapan.
73
Mahadi Yahya
9W2PHE
Setiausah PARTS

0 Comments:
Post a Comment
<< Home