JALURAN LEMBAH KINTA


Jaluran Lembah Kinta merupakan satu perkampungan baru kepada peminat-peminat radio amtor, samada bermastautin sekitar Lembah Kinta, Perak dan dari mana sahaja ia dapat menembusi jaringan ini.
Ia dibuka khusus kepada penggiat radio amator untuk bersama-sama memajukan bidang ini samada dari segi silatulrahim, pembelajaran sains radio amator, pembenaan projek-projek (homebrew) sendiri atau dari lain punca, atau apa sahaja yang berguna untuk menambah pengetahuan rohani atau jasmani pembaca budiman.
Sesungguhnya ilmu yang ada itu kalau diperpanjangkan adalah merupakan sedekah kepada mereka yang menggunakannya.
Frekuansi simplek di Jaluran Lembah Kinta ialah di V44 atau 145.550 MHz
Jadi setelah ber QSO di Udara jom kita berwisata di Jaluran Lembah Kinta ini.
Sekiranya ada kelapangan sudilah bersama di Net Mesra Di Lembah Kinta pada setiap Rabu malam mulai jam 10.00 bermesra dan menyampaikan apa-apa trafik dengan net controller malam tersebut.
Selamat sejahtera dari kami.
